MohdSuhaimy.com » first aid

Panduan Menyelamatkan NYAWA?
Sewaktu saya kecil dahulu, saya masih ingat lagi, akak ipar saya terkena alahan dan mengalami kesukaran bernafas. Semua menjadi panik dan tidak tahu nak buat apa. Abang saya (suami akak ipar saya la), terus capai telefon, dail 99 dan minta ambulans datang ke rumah.

Selepas 5 minit… ambulan tak sampai…

Selepas 10 minit.. ambulan tak sampai juga..

Selepas 15 minit.. ambulan tak sampai juga lagi..

Selepas 20 minit.. ambulan tak sampai juga lagi-lagi..

Selepas 30 minit.. lagi-lagi tak sampai juga ambulan..

Hanya selepas 45 minit, barulah kedengaran bunyi siren ambulan, kemudian kelihatan 2 orang petugas turun dari van ambulan dan dengan lengang-lenggoknya menurunkan katil kecemasan dari ambulan dan menolak katil tersebut dengan sopan-santunnya ke arah rumah saya.

Dalam hati saya.. “Mak aii!.. punyalah lama nak sampai.. lepastu boleh lengang-lengok pulak tu! Jauh bebenor bezanya dengan apa yang ditunjukkan kat TV!”

Itulah realitinya!!..nasib baik kakak ipar saya tu masih boleh menyedut udara sedikit walaupun  payah.

Itu kisah masa saya kecik-kecik dulu, masa tu.. ada ibu & bapa yang jaga kalau ada apa-apa kecemasan. Sekarang saya sudah jadi seorang suami dan bapa, kalau ada apa-apa berlaku pada isteri dan anak-anak saya, takkan nak mintak tolong dengan ibu bapa saya pula? Tanggungjawap itu sudah terletak di bahu saya . Jadi, nak tak nak, saya mestilah kena tahu serba sedikit tentang ilmu pertolongan cemas.

Nasib baik, salah seorang bekas peserta seminarebook.com telah menghasilkan sebuah ebook “Pertolongan Cemas“. Dapatlah saya tahu serba sedikit mengenai tips-tips memberikan pertolongan cemas. Membaca ebook tu bukanlah untuk saya menjadi seorang pegawai perubatan atau pun pegawai keselamatan bertauliah, tetapi ianya hanya untuk membuatkan saya mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila menghadapi saat-saat kecemasan. Tak lah panik sangat nanti.

Jadi, kepada mereka yang mempuyai rasa tangungjawap, especially golongan bapa. Saya sarankan anda pelajarilah ilmu pertolongan cemas ini. Ilmu ini adalah penting, mana tahu , ianya mungkin dapat membantu anda menyelamatkan NYAWA insan yang anda sayangi suatu hari nanti.

Jika berminat, lawatilah www.PertolonganCemas.com untuk mempelajari ilmu ini.