Silap langkah…

Ok, kali ini nak cerita sedikit perihal ekonomi negara kita. Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan berpendapat, kerajaan telah banyak mengambil langkah yang kurang tepatdi dalam menjaga dan menguruskan ekonomi negara.

1) Kenaikan harga minyak secara mendadak.

Hasil menonton perdebatan minyak antara Dato Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ditayangkan di TV9 semalam, saya percaya, harga minyak sebenarnya boleh dinaikkan secara peringkat demi peringkat dan bukannya secara mendadak. Seperti pengurusan kewangan peribadi, kerajaan juga mempunyai dana kecemasannya. Jadi, pada waktu-waktu begini, apa salahnya menggunakan dana kecemasan tersebut “sedikit” (bukan semua) untuk membolehkan kenaikan harga minyak dilakukan secara peringkat demi peringkat. Isu yang ingin ditekankan disini ialah mengapa harga minyak dinaikan secara mendadak? Mengapa tidak dinaikan secara berperingkat? BUKANnya tak kasi langsung naik harga minyak..

Satu perkara yang saya kira agak lucu yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam ialah, berkenaan “menaikan harga minyak untuk mengurangkan kadar inflasi”. Aduh! Macam Datuk Seri Anwar kata.. “teori ekonomi mana diorang pakai nie?”.. minyak adalah keperluan asas.. jika minyak naik.. maka inflasi akan turut naik.

Konon-kononnya, duit yang tidak digunakan untuk subsidi minyak itu akan digunakan untuk subsidi makanan, subsidi pada makanan? Saya tidak nampak.. yang saya nampak, beras tempatan sudah tidak ada di pasaraya , yang ada hanya beras import yang lebih mahal. Inikah yang dikatakan subsidi makanan?

Menteri-menteri tak pernah beli ikan mahupun beras di pasar.. jadi, mereka tidak nampak realiti sebenar. Kononnya kadar inflasi negara hanya 6%, hakikatnya.. ia lebih dari itu. Jika nasi lemak dulu RM1.50 sekarang sudah RM2.00 , ianya 30%.. bukannya 6%..

Ringkasnya, menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.

2) Cadangan 2 gaji sebulan

Ini adalah cadangan yang paling bo*tut* yang pernah saya dengar dikeluarkan oleh pak menteri..  dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak secara tiba-tiba (berpunca dari kenaikan harga minyak) , rakyat perlukan lebih banyak WANG untuk menyara sara hidup, bukannya lebih KERAP. Bayaran gaji 2 kali sebulan hanya akan lebih mengkucar-kacirkan pengurusan kewangan keluarga.  Nasib baik idea bo”tut” ini tidak menjadi.

3) Memanjangkan tempoh pinjaman perumahan.

Pihak kerajaan telah berbincang dengan pihak bank, agar  kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan dapat dikurangkan, dengan cara, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman. Fuh! memang satu lagi langkah silap dilakukan oleh kerajaan. Kadang-kadang saya tertanya, siapakah penasihat ekonomi negara dan mengapa beliau ini terlalu “bo*tut*” kewangan. Ini adalah perkara basic dalam pengurusan hutang. Memanjangkan lagi tempoh pinjaman,  sebenarnya akan menyebabkan jumlah hutang itu bertambah banyak (walaupun bayaran bulanan kurang, kurang sikit je.. bukan banyak pun!),.

Jika beli rumah RM100,00 , dan bayar semula dalam masa 20 tahun, anda perlu bayar RM220,000 untuk langsaikan hutang tersebut. Tetapi jika tempoh permbayaran tersebut dilanjutkan sehingga 30 tahun, bermakna anda perlu bayar sebanyak RM280,000 untuk melangsaikan hutang rumah itu (kiraan berdasarkan kadar interest 6%). Jadi, dimananya yang kurang? ianya hanya akan menyebabkan rakyat lebih terperangkap dalam hutang dan seterusnya akan menyebabkan ekonomi rakyat terus merana. Sekaligus merencat pertumbuhan ekonomi negara.
Hmm.. entahla.. apa nak jadi pun tak tahula.. rosak negara macam nie..

Bagaimana Menangani Kenaikan Harga Petrol?

Hari ini, harga petrol naik lagi, RM2.70 untuk 1 liter. Jika dulu satu tangki penuh cukup dengan hanya RM55, tapi sekarang, jumlahnya mencecah RM80… dan satu tangki penuh selalunya cukup untuk penggunaan seminggu.

Jika dulu bajet bulanan bagi minyak hanyalah RM200, tapi sekarang, kena peruntukan RM320. Beza sebanyak RM120 sebulan.

So… ada 2 pilihan yang “baik” untuk menangani kos kenaikan minyak ini.

1) Kurangkan perbelanjan-perbelanjaan yang lain sebanyak RM120.. astro potong, langganan suratkhabar & majalah potong, vcd & dvd potong, kfc-mcd-pizza potong, balik kampung potong… potong .. potong.. potong.. dan potonglah apa-apa sahaja yang anda rasa boleh dipotong.

2) Buat sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan sekurang-kurangnya RM120 sebulan. Tak kisahlah nak jual burger ke? jual prepaid ke? jual insuran ke? ataupun memulakan perniagaan internet.. yang penting hasil pendapatan tambahan itu adalah halal dan dilakukan dengan perkara yang betul.

Untuk pilihan-pilihan yang “tak berapa baik” pula ada banyak…

3) anda boleh mula berpiket dan memulakan demonstrasi jalanan menuntut kerajaan menurunkan harga minyak..

4) merampok stesyen minyak..

5) memulakan aktiviti-aktiviti jenayah yang menguntungkan seperti merompak, makan rasuah, menganjurkan skim cepat kaya ataupun memulakan produksi pakcik terlampau (ops! belanja untuk dvd sudah dipotong, mungkin produksi ini tidak akan berjaya…)

manakala untuk pilihan yang lebih drastik pula.. adalah seperti..

6) Pindah rumah. Jika masih menyewa, pindah ke rumah yang sewanya lebih murah.

7) Jual kereta dan tukar kepada motosikal. Balik kampung.. ramai-ramai naik bas.

8 ) Berhijrah ke kawasan yang mempunyai kos sara hidup yang lebih rendah… dari johor ke kedah? (harga beras lebih murah di kedah)… atau.. luar negara mungkin?

9) Berhenti kerja dan mulakan perniagaan dari rumah sepenuh masa…

pilihan-pilihan lain… lu pikirlah sendiri…
dalam hidup ini.. ada banyak pilihan…. pilih lah yang mana anda rasa terbaik untuk diri anda..

satu sms poyo yang saya baru  terima sebentar tadi sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak.. “Saudara/i, saya ada satu bisnes yg hebat nak kongsi bersama.. yang pasti anda tak akan menyesal dan tak rugi apa2.. bisnes nie boleh atasi masalah kenaikan minyak dan gas.. sms saya email anda sekarang.. anda pasti teruja.”

Mungkin semakin ramai yang akan terjebak ke kancah penipuan skim cepat kaya selepas ini.. hmm…