Saya mendapat email dari salah seorang subscriber saya yang mengatakan beliau telah diberhentikan kerja. Sekarang ini, beliau sedang tercari-cari pekerjaan yang baru. Saya doakan beliau akan berjaya menemui pekerjaan yang baru secepat mungkin.
Berlanjutan dari email tersebut, ianya membuatkan saya tergerak hati untuk menuliskan sedikit tips berkenaan perihal tersebut. Jadi, terimalah sedikit tips dari saya jika anda menghadapi situasi “dibuang kerja”.
Hadapi Dengan Tabah
Ramai orang yang diberhentikan kerja akan merasakan hidup mereka seperti sudah berakhir. Tetapi realitinya, tidak sebegitu. Anda mungkin boleh berasa down, kecewa dan sedih untuk 1-2 hari, tetapi jangan biarkan ia berlarutan. Pada waktu-waktu begini, Anda perlu sangat-sangat untuk berfikiran positif. Berhenti menyalahkan sesiapa, kerana ia tidak akan membawa diri anda kemana-mana. Malah ia akan menyebabkan anda berasa lebih tertekan. Sentiasa tanam dalam fikiran, apabila satu pintu tertutup, akan ada 10 lagi pintu terbuka. Apa yang penting, halakan pandangan kepada pintu-pintu yang lain itu, jangan terlalu asyik mengetuk-ngetuk dan berharap pintu yang sudah tertutup itu terbuka semula. Continue reading