Doakan Bapa Saya..

Sudah hampir seminggu saya tidak update blog ini hinggakan ada rakan yang menyangka saya terlalu sibuk dengan “offline works” dan  lantas mengabaikan blog ini. Ho! ho!..  yerla.. itupun mungkin menjadi salah satu penyebab.

Tetapi sebab sebenar mengapa saya tidak update blog ini selama seminggu adalah disebabkan, saya sibuk menguruskan bapa saya yang telah dimasukkan ke hospital akibat terjatuh dari bumbung rumah.

Menurut cerita kakak saya di kampung, bapa saya sedang bertukang membetulkan atap bumbung rumah. Tetapi malang tidak berbau, tiba-tiba kayu tempat bapa saya berdiri patah dan bapa saya terus tersungkur dan kepalanya terhantuk dengan kuat. Bapa saya tidak sedarkan diri selama 3 hari di hospital. Tetapi kini alhamdulilah, selepas menjalani 2 pembedahan di kepala, ia sudah mula sedar. Continue reading