MohdSuhaimy.com » kad kredit maybank

Kad kredit, kawan atau lawan?
Masa saya muda-muda dulu (9 tahun yg lalu, sewaktu masih muda & teruna! oh!) , saya melihat kad kredit seperti sebuah lambang kepada mutu dan keunggulan. Waktu tu, agak sukar sedikit untuk memiliki kad kredit, perlu membuat permohonan dan syarat nya pula, si pemohon perlulah mempunyai gaji tahunan minima sebanyak RM18,000 . Tak seperti sekarang nie.. tak perlu dah nak mohon-mohon untuk dapatkan kad kredit, pihak bank main “campak-campak” je. Sesiapa pun boleh ambil dan memilikinya. Jadi, tidak hairanlah jika jumlah hutang tertungak kad kredit untuk rakyat malaysia boleh mencecah RM20 billion.

Saya dulu pun hampir-hampir menjadi mangsa kepada “ahlong berlesen” (kad kredit) ini.  Tetapi, nasib baik saya sedar awal. Masa tu saya sudah menggunakan kad kredit saya sebanyak RM3,000. Tiap-tiap bulan hanya bayar lebih sikit je dari kadar minimum. Lepas setahun membayar.. tak habis-habis… eh! pelik betul?.

Sehinggalah saya membaca buku “Azizi Ali”… yang sememangnya telah mengubah hidup saya. Terus pada waktu itu.. fikiran saya berubah dan melihat “kad kredit” sebagai sebuah lambang kepada kemusnahan dan penyeksaan hidup. Saya mula berhenti dari menggunakan kad kredit saya. Kad kredit yang tidak digunakan, saya potong dan batalkan (masa tu ada 5 kad kredit yang tidak digunakan).  Jadi.. hanya tinggal satu je kad kredit dengan hutang berjumlah RM3,000. Lama juga lah saya nak habiskan hutang kad kredit tu.. dekat setahun setengah. Masa tu, kalau dapat je duit bonus atau ada duit lebih .. memang saya akan gunakan untuk membayar hutang kad kredit ini.

Setelah habis semua hutang.. saya tidak lagi gunakan kad kredit, saya juga tidak potong atau batalkan kad kredit tersebut. Apa yang saya buat, saya hanya simpan ia sahaja. Niat saya.. saya hanya akan gunakan kad kredit jika berlaku kecemasan.. kecemasan yang betul-betul kecemasan sahaja. Kecemasan yang olok-olok.. tak boleh… Oh!

Maklumlah, waktu itu, dana kecemasan saya tidak lagi mencukupi. Jadi.. dalam perancangan saya, kalau lah berlaku apa-apa kecemasan.. kad kredit akan menjadi tempat rujukan pertama.

Tapi…lama-kelamaan, setelah dana  kecemasan sudah mencukupi, kemahiran mengurus kewangan juga sudah semakin  baik. Persepsi saya terhadap kad kredit sudah berubah. Saya kini melihat kad kredit hanyalah sebagai sebuah “alat”. Ianya hanyalah alat… sama seperti “pisau” , “gergaji” dan juga “kapak”. Jika kita tahu menggunakannya dengan betul.. ia sebenarnya dapat memberikan banyak manfaat. Tetapi jika tidak tahu menggunakannya.. ia sememangnya amat merbahayakan.

Memberikan kad kredit kepada mereka yang  “belum mumaiyyiz kewangan”, adalah sama seperti memberikan sebilah pisau kepada seorang kanak-kanak.

Apa kelebihan Kad Kredit?

Sebagai seorang usahawan internet, saya sememangnya amat kerap melakukan pembelian secara online. Oleh itu, kad kredit, sememangnya amat memudahkan segala urusan saya. Selain dapat mengumpulkan banyak “point” ganjaran yang boleh ditebus dengan berbagai hadiah, kad kredit juga mampu melancarkan aliran tunai perniagaan saya. Saya juga tidak perlu risau untuk mencatat segala perbelanjaan perniagaan saya. Semuanya sudahpun direkodkan di dalam penyata kad kredit. Ya!.. saya kini hanya menggunakan kad kredit untuk tujuan “perniagaan”… seperti membayar hosting, nama domain, autoresponder, google adword dan sebagainya. Tiada lagi perbelanjaan peribadi menerusi kad kredit.

kesimpulan untuk kali ini,..  walay apa pun tujuan anda menggunakan kad kredit, sama ada untuk “keunggulan” (berlagak) , perbelanjaan harian, wang kecemasan, atau pun perniagaan. Satu teknik yang PASTI untuk mengelakkan diri anda dari terperangkap ke dalam perangkap hutang kad kredit ialah dengan…. membayar keseluruhan jumlah yang tercatat di dalam setiap penyata bulanan yang anda terima  (full settlement) . Tetapi, jika anda mendapati anda tidak mampu membayar jumlah keseluruhan penyata kad kredit anda anda. Anda perlu terima hakikat, tahap mumaiyyiz kewangan anda sebenarnya masih lagi belum sempurna. Jadi.. buanglah “pisau” ( kad kredit)  itu jauh-jauh jangan cuba-cuba nak memegangnya lagi.

Sekian… yosh!