Multiple Stream Of Income

Ok! jika sebelum ini saya cerita pasal passive income… kali ini saya nak cerita pasal teknik orang kaya meng”kaya”kan lagi diri mereka. Caranya ialah dengan mewujudkan “Multiple Stream Of Income (MSI)” atau dalam bahasa melayu sanskritnya..  “Sumber Pendapatan Pelbagai”.

Active Income + MSI

Yer… anda boleh mewujudkan MSI dengan melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Contohnya, pada waktu siang anda bekerja di pejabat, dan pada waktu malam pula anda menjual burger atau membawa teksi. Itupun dikira sebagai MSI, tetapi masalahnya… anda akan berasa sangat “letih & sedih” jika melakukannya pada jangka waktu yang panjang.  Letih sebab perlu bekerja sepanjang hari.. sedih sebab akan mengalami stress & tekanan akibat kepenatan yang melampau. Lagipun, jika anda menjadikan”active income” sebagai MSI anda, tidak banyak “saluran” yang boleh anda lakukan.. paling-paling banyak pun 2-3 kerja (MSI) sahaja. Continue reading