Hari ini hidup saya sedikit berbeza. Tiada lagi suasana kelam-kabut bersiap di pagi hari untuk bergegas ke pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, tapi saya masih lagi duduk di depan komputer dengan kain pelekat di rumah dan menulis blog ini. Oh!..
Semalam, secara rasminya, saya telah terkeluar dari “perlumbaan tikus” (rat race) setelah hampir 6 tahun menyertainya. Hari ini saya akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang IM sepenuh masa. Nampaknya, azam saya yang ke-14 bagi tahun 2008 sudah tercapai. Yeah! (sambil mengangkat tangan dan membuat simbol peace!)
Terima kasih kepada kawan-kawan di NIOSH yang sudi membuat sedikit “Farewell Party” semalam. Semoga kalian semua terus happy & success selalu!

22 Julai 2008 : Farewell Party @ NIOSH
