
Semalam, merupakan satu hari yang bersejarah bagi komuniti wangcyber.com. Setelah 3 tahun beroperasi, akhirnya, semalam, satu majlis perjumpaan ahli komuniti wangcyber secara rasmi, telah berjaya di adakan.
Rata-rata, ramai yang seronok dan gembira dengan perjumpaan semalam.. mana taknya.. selain dapat berjumpa , berteman tapi bermesra dan bernetworking bersama-sama rakan IM, semua yang hadir juga dapat baju WC, car sticker, bag, makan best, dan juga dapat ilmu dan tips yang “power” dari ahli panel forum dan juga dr. irfan sendiri. (Bak kata mastercard, the value is priceless…)
Ya!.. memang saya minta dr irfan kongsi tips, “Bagaimana nak jadi jutawan internet di malaysia.. secara real!” Jadi, saya kira.. dr irfan sudah pun berikan tips tersebut semalam. Berbahagialah semua dengan ilmu yang dr irfan berikan semalam. Kalau anda nak dengar lebih banyak tips2 yang hebat dari dr. irfan, mungkin anda boleh datang ke seminar beliau selepas ini (mungkin juga dr. irfan boleh buat seminar perniagaan internet untuk level intermediate & advance lepas nie..
).
Sebenarnya, majlis semalam adalah merupakan pengalaman “pertama kali” saya di dalam mengetuai dan menguruskan sesebuah majlis. selama ini, saya hanya menjadi pembantu sahaja. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan juga kepada saudara Farid (rahsiakambing.com) yang banyk membantu saya di dalam menguruskan majlis ini, bermula dari survey tempat hinggalah kepada menjadi pengacara majlis.
Begitu juga dengan fai yang sudi membantu menjaga booth jualan buku, hasrul yang sudi membantu kerja-kerja persedian pada hari tersebut, catzer (selaku official cameragirl) dan juga awek yang sudi menjaga kaunter pendaftaran (nama & no phone terpaksa dirahsiakan, kalau nak jumpa awek tu lagi.. boleh datang ke seminar anjuran wangcyber pada masa akan datang.. ho! ho! ho!..)
Sebenarnya, saya rasa sedikit terkilan juga semalam sebab tak sempat nak bergambar (guna camera sendiri) dan berbual-bual panjang dengan semua orang, maklumlah, jadi penganjur, sudah tentunya agak sibuk sedikit.
Bagi yang tak dapat hadir.. tak perlulah menyesal sangat (walaupun sebenarnya anda memang perlu menyesal selama 44 hari.. ho! ho! ho!)… insyallah DVD rakaman majlis gathering ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.. tunggu…