MohdSuhaimy.com » peluang pekerjaan

Kena Berhenti Kerja, Apa Nak Buat?
Saya mendapat email dari salah seorang subscriber saya yang mengatakan beliau telah diberhentikan kerja. Sekarang ini, beliau sedang tercari-cari pekerjaan yang baru. Saya doakan beliau akan berjaya menemui pekerjaan yang baru secepat mungkin.

Berlanjutan dari email tersebut, ianya membuatkan saya tergerak hati untuk menuliskan sedikit tips berkenaan perihal tersebut. Jadi, terimalah sedikit tips dari saya jika anda menghadapi situasi “dibuang kerja”.

Hadapi Dengan Tabah

Ramai orang yang diberhentikan kerja akan merasakan hidup mereka seperti sudah berakhir. Tetapi realitinya, tidak sebegitu. Anda mungkin boleh berasa down, kecewa dan sedih untuk 1-2 hari,  tetapi jangan biarkan ia berlarutan. Pada waktu-waktu begini, Anda perlu sangat-sangat untuk berfikiran positif. Berhenti menyalahkan sesiapa, kerana ia tidak akan membawa diri anda kemana-mana. Malah ia akan menyebabkan anda berasa lebih tertekan. Sentiasa tanam dalam fikiran, apabila satu pintu tertutup, akan ada 10 lagi pintu terbuka. Apa yang penting, halakan pandangan kepada pintu-pintu yang lain itu, jangan terlalu asyik mengetuk-ngetuk dan berharap pintu yang sudah tertutup itu terbuka semula.

Mulakan Pencarian Kerja Baru Secepat Mungkin

Satu lagi perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang diberhentikan kerja, mereka akan cuba cari pekerjaan di tempat lain yang setaraf atau lebih kurang sama dengan pekerjaan sebelumnya. Jika anda mempunyai dana kecemasan yang banyak yang boleh  menampung kehidupan anda selama beberapa bulan sebelum anda berjaya memperolehi “pekerjaan” yang “sesuai” dengan status anda . Maka, ia mungkin tidak menjadi masalah. Masalah timbul jika anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan, ditambah lagi dengan bebanan tanggungjawap yang besar sebagai seorang ketua keluarga, maka, keegooan diri itu perlu direndahkan sedikit, buat masa ini, adalah baik untuk terima sahaja dulu apa-apa pekerjaan yang muncul di depan mata (yang halal la). Cashier di pasar raya, attendan pam minyak, pelayan di kedai makan atau sebagainya. Sekurang-kurangnya, dengan pekerjaan tersebut, ia membolehkan anda mempunyai sedikit punca pendapatan setiap bulan , ianya lebih baik daripada tiada langsung.

Memulakan Perniagaan?

Ada juga yang bercadang untuk memulakan perniagaan apabila mereka telah kehilangan pekerjaan. Walaupun idea ini kelihatan agak baik, tetapi ia perlu juga dilihat dari beberapa faktor. Jikalau sebelum ini anda memang sudah mempunyai minat dan sedikit ilmu tentang perniagaan, ianya mungkin baik untuk dicuba. Inilah masanya untuk anda mencuba dan membuktikan segala ilmu yang terpendam di dada.

Tetapi bagi yang tak pernah ingin ambil tahu tentang perniagaan sebelum ini dan tidak minat terhadapnya, memulakan perniagan pada waktu ini adalah tidak digalakkan. Ianya kelak hanya akan menambahkan kekecewaan dan tekanan kepada diri.

Kesimpulan

Ringkasnya, apabila diberhentikan kerja, usah terlalu berasa kecewa dan putus asa. Sentiasa berfikiran positif, jadikan ia sebagai titik permulaan bagi memulakan kehidupan baru yang lebih baik. Rezeki ada dimana-mana, yang penting kena rajin berusaha dan beriktiar.

Sekian.