MohdSuhaimy.com » Perniagaan Internet

Revolusi Bisnes Suri Rumah..
Ibu saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap hari, ibu saya akan akan bangun di awal pagi untuk menguruskan anak-anak beliau pergi ke sekolah. Sediakan sarapan, bekalan dan juga keperluan-keperluan sekolah yang lain seperti baju, beg, kasut dan sebagainya. Memang seronok apabila bangun tidur nampak ibu, balik sekolah nampak ibu, petang nampak ibu, maghrib nampak ibu dan malam bila nak tido pun nampak ibu.. rasa lebih selamat dan disayangi.

Ayah pula? Ayah sibuk bekerja dan merupakan tonggak utama di dalam sumber pendapatan keluarga. Tetapi, apa yang menarik tentang ayah saya, pukul 6 pagi ayah sudah keluar kerja, jadi, masa bangun tido, jarang nampak ayah. Tetapi apabila tiba waktu tengahari, antara pukul 10-12, ayah sudah pun pulang ke rumah dan banyak meluangkan masa bersama keluarga. Waktu kerja ayah hanyalah dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Itulah kelebihan orang yang berniaga sendiri, waktu kerja di tetapkan sendiri.

Saya fikir, mungkin itu yang menjadi pengaruh utama saya apabila sudah membesar, secara tidak sedar, saya cuba membentuk keluarga yang hampir serupa dengan keluarga ibu &  bapa saya, isteri duduk rumah dan si suami pula bebas bekerja sendiri.

Ok! Sambung semula cerita ibu & bapa saya..

Walaupun bapa saya kuat bekerja, tetapi kadang-kala, duit pendapatan yang diperolehi tidak berapa mencukupi, maklumlah, ekonomi kan sentiasa turun dan naik. Jadi itu adalah perkara normal. Apabila ekonomi keluarga sedang gawat, saya melihat ibu saya akan mula mengeluarkan “jurus kemahiran cari duit lebih” beliau.

Antara perkara yang dilakukan adalah seperti menjual kerepek ubi, membuat kuih, menjual aiskrim, mengambil upah menjahit, dan sebagainya. Walau apa pun pekerjaan sambilan yang dilakukan oleh ibu, ianya pasti akan beroperasi dari rumah sahaja.

Saya kira, ianya adalah suatu “jurus buat duit lebih” yang terbaik. Selain dapat menambahkan pendapatan keluarga, tugas utama menjaga & mendidik anak-anak juga dapat terus dilaksanakan.

Bukankah ianya sesuatu yang hebat dan menarik?

Namun begitu.. itu dulu…

Sekarang, dunia dah maju.. zaman dah berubah..

Nak cari suri rumah yang pandai buat kuih, kerepek dan pandai menjahit pada zaman ini agak sedikit sukar. Maklumlah, wanita zaman kini sudah maju dan berpendidikan tinggi (maklumlah semua belajo tinggi-tinggi sampai masuk U). So, kalau ditanya.. “Pandai tak menjahit baju?” Memang lah jawabnya..  “Tak berapa pandai laa bang~~..”.. tapi kalau suruh guna komputer.. memang laju jer lah tangannya menaip dan mengklik-klik butang tetikus itu.

Alhamdulilah, komputer dan internet kini, telah serba sedikit membentuk revolusi baru kepada si isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kini, suri rumah yang ingin menjana pendapatan sampingan untuk keluarganya mempunyai satu lagi “jurus buat duit lebih” yang baru,  tidak lain tidak bukan.. iaitu perniagaan di internet.

Malah dengan menggunakan internet, pasaran untuk perniagaan yang dijalankan di rumah oleh suri rumah menjadi sangat luas dan tidak terhad. Jika dulu, ibu saya hanya mampu menjual kerepek yang dibuat dirumah kepada jiran-jiran yang berhampiran sahaja. Tetapi kini, suri rumah yang membuat kerepek, coklat, muffin, gubahan hantaran, kuih raya dan sebagainya… mampu memasarkan produk mereka ke seluruh dunia.

Jadi, siapa kata suri rumah tak boleh buat duit?..

Inikah Revolusi? Atau hanya Ilusi? Bagaikan mimpi jadi realiti~~~

Rasional diriku, rasional dirimu.. penentu masa.. masa depanmu..~~

Ho! ho! ho! Yosh!

Shuth di Respons, TV1 : Jutawan Internet
Pada 30 April 2009 yang lalu, saya telah dijemput oleh  pihak penerbit rancangan “Respons” untuk menjadi tetamu. Rancangan “Respons” adalah sebuah rancangan bual bicara terbitan TV1 yang disiarkan pada setiap hari pada pukul 6.00 pagi.

Alhamdulilah, rakamn yang dibuat, akhirnya telah disiarkan pada 31 May 2009 yang lalu, saya tahu, pasti ramai peminat-peminat pembaca-pembaca blog ini yang terlepas dan tidak sempat untuk menontonnya.

Satu berita gembira, saya telah berjaya mendapatkan rakaman bagi rancangan tersebut, dengan bantuan pihak www.nama.com.my , iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemantauan berita dan iklan.

Tanpa melengahkan masa, silalah tonton diri saya yang kelihatan agak sedikit temban sihat di TV. (Percayalah, saya kelihatan tembam sihat adalah disebabkan efek corak yang terdapat pada baju tersebut! Oh!)

Bahagian 1

WPvideo 1.10

<object data="http://www.youtube.com/v/XVBTmIt1UHg" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="100%"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/XVBTmIt1UHg"></param></object>

Bahagian 2

WPvideo 1.10

<object data="http://www.youtube.com/v/syEbGQbgUqY" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="100%"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/syEbGQbgUqY"></param></object>

Bahagian 3

WPvideo 1.10

<object data="http://www.youtube.com/v/v-Pn2PfxtVQ" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="100%"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/v-Pn2PfxtVQ"></param></object>

Enjoy!

Prasyarat buat duit di internet!
Setiap kali saya pulang ke kampung, saya akan berjumpa dengan orang-orang kampung yang sememangnya agak kurang “celik komputer”.  Jadi, apabila saya kata “saya buat bisnes secara online”, ianya seperti anda cuba menerangkan tentang “Teori F Kosmology” kepada kanak-kanak berusia 5 tahun.

Angguk-angguk, geleng-geleng macam paham…

Tetapi, apa yang nyata, apabila saya kata, ramai orang berpeluang menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya duduk di depan komputer, mereka akan berasa teruja dan berkata.. “Eh! ajarlah macam mana nak buat?”

Apabila saya tanya…”Ada komputer di rumah tak?”… Beliau jawap.. “Takde”

Apabila saya tanya…”Pernah masuk internet? “… Beliau jawap.. “Takde, kalau gi CC selalu main games je!”

Apabila saya tanya…”Ada email tak?”… Mereka jawap.. “Dulu ada.. lepastu dah lama tak bukak, dah takde kot.”

“Dulu tu bila?”.. saya tanya lagi… “Hmm… 4 tahun lepas kot? Member yang buatkan masa tu..” jawap beliau..

Ok! ok!… dulu saya pernah beranggapan…. “Semua orang boleh buat duit di internet!”… tetapi apabila berjumpa dengan orang-orang di kampung.. saya surrender!…  “Tidak semua orang boleh buat duit di internet!”.

Dan hakikatnya, jika seseorang ingin membuat duit di internet.. mereka perlu memenuhi beberapa prasyarat dan keperluan asas. Dan entry pada kali ini, saya ingin senaraikan beberapa pra-syarat yang perlu mereka penuhi sebelum mereka boleh belajar dengan lebih lanjut tentang “bagaimaan buat duit di internet”.  Perhatikan.. saya sebut “mereka” (orang lain) , bukan “anda”.. sebab saya yakin, semua pelawat-pelawat blog ini sudah melepasi tahap prasyarat tersebut. Jadi, entry ini saya tujukan kepada “mereka”. Mungkin anda boleh gunakan ilmu pada entry ini apabila anda berjumpa dengan golongan-golongan “mereka” ini..

Ok! berikut adalah prasyarat yang perlu dipenuhi “mereka”.

1) Tahu menggunakan komputer &  internet.

Jika mereka tidak mempunyai komputer di rumah pun tidak mengapa, yang penting, mereka tahu menggunakan komputer dan internet, (ada sesetengah orang memang rajin pergi ke  Cyber Cafe). Yang lebih penting, mereka tahu apa itu browser, apa itu search engine, apa itu website dan apa itu email. Jika itu pun mereka kurang jelas dan agak kabur, mungkin anda perlu berikan mereka buku “Internet for Dummies”.

2) Mempunyai akaun email & sering menggunakannya

Ada akaun email sahaja tidak mencukupi. Tetapi, mereka perlu sentiasa menggunakannya. Ini bagi memastikan mereka benar-benar tahu bagaimana menggunakan email. Email adalah tersangat penting dan satu alat yang mesti ada bagi mereka yang ingin buat duit di internet.

3) Biasa menggunakan perbankan internet

Percaya atau tidak, saya pernah jumpa seorang manager IT di sebuah syarikat yang tidak pernah/tahu menggunakan maybank2u.  Jika beliau seorang petani, bagi saya, biasalah tu kan?.. Tetapi ini.. seorang “manager IT”.  Ianya boleh membuatkan saya terguling diatas tanah sambil ketawa terbahak-bahak dan terkentut.

4) Pernah membeli barangan secara online

Ramai orang hanya ingin menjual baramg di internet, tetapi tidak pernah membeli. Hakikatnya, mereka perlu menjadi pembeli terlebih dahulu untuk merasai dan mendapatkan gambaran yang jelas sejelas-jelasnya tentang bagaimana transaksi jual beli di internet itu berlaku. Untuk percubaan “pertama kali”, mungkin anda.. ops! “mereka”..  boleh cuba membeli barang-barang di internet yang berharga kurang dari RM10. Oh yer.. bagi mereka yang tidak pernah membeli barang secara online.. mungkin boleh “Klik disini” untuk mendapatkan “Panduan Membeli Secara Online” . Ianya adalah laporan percuma yang ditulis oleh saudara Syamsuriyadi.

Baiklah, itulah antara syarat-syarat keperluan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum mereka boleh menceburkan diri di dalam arena “buat duit di internet”. Tanpa kemahiran asas di atas.. mungkin agak mustahil sedikit untuk mereka berhasil membuat duit di internet.

Sekian, Yosh!

P/s:- Maaf jika entry kali ini agak membosankan, saya sebenarnya sedang “create outline content” bagi kursus untuk “retrench workers” anjuran XXX.  Untuk mengajar orang-orang yang nak kena berhenti kerja yang tidak mempunyai kemahiran IT & Komputer ini, saya perlu bermula dari asas. Hopefully, saya tidak menjumpai pembaca-pembaca blog ini di dalam kursus tersebut..

kisah budak-budak sekolah zaman sekarang!
Image by zarzoso via Flickr

Sewaktu muda-muda dulu (masa zaman-zaman sekolah la..),  saya suka bermain gitar… di rumah saya, ada sebuah gitar kapok yang dibeli hasil daripada perniagaan burger yang saya jalankan setiap malam.

Setiap hari, apabila balik sekolah.. saya akan main gitar sekejap.. pastu makan. semayang.. main gitar.. buat kerja sekolah.. main gitar.. semayang.. petang, siap-siap kan barang berniaga dan mula jual burger tepi simpang sambil lepak-lepak main gitar. Oh!

Hujung minggu, pergi ke bandar dan jamming bersama-sama rakan sekampung. Selalunya saya akan bermain bass. Ada juga mencuba untuk jadi vocalist dan drummer, tapi tak bolehlah.. failed.

Masa tu memang saya takde komputer.. orang kampunglah katakan.. memang tak mampu nak beli komputer. Cuma mampu beli gitar tong je.. so.. tiap-tiap hari main gitar jerla.. nak kata expert tu takderla.. tapi kalau setakat nak main kat kenduri kahwin tu.. lepas lah!.. ho! ho! ho!..

Itu kisah saya dulu-dulu…

Zaman sekarang.. budak-budak sekolah lebih gembira menghabiskan masa di pusat-pusat video game atau bermain game komputer di rumah… hasilnya.. jadilah mereka seorang “gamer expert”.. kalau masuk pertandingan main game.. ada harapan lah untuk menang! Mana taknya? kalau dah tiap2 hari asyik main games je.. mestilah boleh jadi terrer kan?

Ada juga budak-budak sekolah sekarang yang suka main skateboard… hari-hari main skateboard… hasilnya.. jadilah mereka seorang skateboarder yang terrer!

Kalau yang main yoyo tiap-tiap hari pula? berkaraoke tiap-tiap hari? berchating tiap-tiap hari? berjoget tiap-tiap hari? berkebun tiap-tiap hari? melompat bangunan setiap hari? Mereka sudah pastinya akan menjadi pakar did alam bidang masing-masing..  practise make perfect beb!

Semua perkara yang kita buat (berlatih) setiap hari biasanya akan menjadikan kita “pakar” di dalam perkara tersebut.. dan dalam hal ini.. budak-budak sekolah adalah golongan yang paling beruntung.. mereka mempunyai paling banyak masa terluang jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa yang sudah bekerja..  mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka suka buat itu, setiap hari!. Tak perlu nak risau perkara lain seperti  kerja di pejabat? anak? bini? pakaian? makan-minum? hutang? dan sebagainya , semuanya diuruskan oleh ibu-bapa mereka.

Sekrang, bayangkan pula jika budak sekolah tersebut baru habis SPM dan meminati “perniagaan internet”, setiap hari, mereka akan duduk depan komputer dan mempelajari tentang selok belok perniagaan di internet! . Setiap hari, mereka akan meluangkan masa selama 10-12 jam untuk duduk di depan komputer dan membuat perkara-pekra yang berkaitan dengan perniagaan internet. Berbanding anda, seorang ibu atau bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, hanya mampu meluangkan masa antara 1-2 jam sehari di depan komputer  untuk belajar mengenai perniagaan internet setiap hari.

Selepas 1-2 tahun..  siapakah yang anda rasa akan menjadi lebih “terrer” tentang perniagaan di internet? budak sekolah tersebut atau anda?

Saya pasti anda tahu jawapannya…

Jadi.. adakah sesuatu yang mustahil jika budak sekolah tersebut boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan daripada perniagaan internetnya?

Lu pikirlah sendiri….

Kad kredit.. ok ke ko?
Click here to view the video on YouTube.

Ada sesetengah pihak mengatakan, kad kredit adalah lambang kepada kemewahan… dan ada sesetengah pihak yang lain pula mengatakan sebaliknya, “kad kredit adalah punca kepada kehancuran kewangan anda…”

yang mana satu yang betul?…

suatu masa dahulu (sewaktu masih muda dan bujang), saya pernah berhutang dengan pihak bank menerusi kad kredit sebanyak RM3,000 dan saya mengambil masa hampir 2 tahun untuk melangsaikan hutang kad kredit tersebut.. memang rasa sedikit tension juga.. nak ikutkan.. hutang saya taklah banyak sangat.. RM3,000 je..  lepastu tiap-tiap bulan saya bayar.. tapi tak habis-habis… 2 tahun baru habis.. arghh!

tapi itu dulu…. sekarang?

Sekarang..  setiap bulan.. saya menggunakan kad kredit saya antara RM3,000 – RM7,000 sebulan.. tapi alhamdulilah.. hutang pinjaman kad kredit tersebut.. dapat saya langsaikan setiap bulan. Oh tidak! saya tidak menggunakan kad kredit saya untuk berjoli dan berdansa di disko-disko atau mana-mana pusat hiburan sehingga larut malam.. tetapi saya menggunakan kad kredit saya sebagai alat untuk “pusingan” modal bagi perniagaan internet saya.

Maklumlah, yuran webhosting, nama domain, autoresponder, ebook, membership dan sebagainya.. semuanya perlu dibayar secara online menggunakan kad kredit.

Kenapa tak guna kad debit?

Kad debit?..  hmm.. memang teringin juga nak buat, tapi asyik tak berkesempatan sahaja.. lagipun saya rasa saya tiada masalah di dalam menggunakan kad kredit ini.. jadi saya rasa better saya stick sahaja dengan kad kredit ini.

Apa yang saya suka di dalam menggunakan kad kredit ini ialah.. mengenai “point” yang diberi..  semakin banyak kita gunakan kad kredit, semakin banyak point yang kita akan dapat kumpulkan.  Point tersebut pula boleh ditebus dengan apa-apa barang yang ditawarkan. Buat masa ini, saya telah berjaya menebus sebuah penimbang berat elektronik dan sebuah water boiler elektronik hanya dengan menggunakan “point” yang terkumpul daripada kad kredit tersebut.

Yuran kad kredit mahal?

Oh! percaya atau tidak… anda sebenarnya boleh untuk tidak membayar yuran tahunan kad kredit anda dengan hanya menelefon call center pengeluar kad kredit tersebut. Contohnya seperti maybank atau citibank.. call sahaja no customer service yang terdapat di belakang kad tersebut dan katakan kepada mereka, anda inginkan yuran percuma untuk kad anda.

Selalunya, jika mereka mendapati anda kerap menggunakan kad kredit anda, mereka tidak akan banyak songeh dan akan hapuskan yuran tahunan anda pada tahun itu dari sistem mereka. Tetapi, kalau mereka banyak songeh.. katakan pada mereka anda ingin batalkan kad kredit anda dan ingin pergi ke bank lain yang menawarkan pemilikan kad kredit secara percuma seumur hidup. Nescaya mereka akan bagi juga anda yuran percuma tersebut.

Apa yang saya cuba sampaikan disini.. saya pernah mengalami kedua-dua situasi, dimana saya “tidak bijak” dan  “bijak” di dalam menggunakan kad kredit. Apa yang saya sedar.. kad kredit sebenarnya hanyalah satu “alat”, jika kita bijak menggunakannya.. ia boleh mendatangkan manfaat. Tetapi, jika kurang bijak di dalam menggunakannya.. ia boleh menjadi punca kepada kemusnahan hidup kita.

Kesimpulannya…… lu pikirlah sendiri!…. ho! ho! ho!