Shuth di Respons, TV1 : Jutawan Internet

Pada 30 April 2009 yang lalu, saya telah dijemput oleh  pihak penerbit rancangan “Respons” untuk menjadi tetamu. Rancangan “Respons” adalah sebuah rancangan bual bicara terbitan TV1 yang disiarkan pada setiap hari pada pukul 6.00 pagi.

Alhamdulilah, rakamn yang dibuat, akhirnya telah disiarkan pada 31 May 2009 yang lalu, saya tahu, pasti ramai peminat-peminat pembaca-pembaca blog ini yang terlepas dan tidak sempat untuk menontonnya.

Satu berita gembira, saya telah berjaya mendapatkan rakaman bagi rancangan tersebut, dengan bantuan pihak www.nama.com.my , iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemantauan berita dan iklan.

Tanpa melengahkan masa, silalah tonton diri saya yang kelihatan agak sedikit temban sihat di TV. (Percayalah, saya kelihatan tembam sihat adalah disebabkan efek corak yang terdapat pada baju tersebut! Oh!) Continue reading

Shuth @ MPH Bookstore.

Sabtu, 9 Ogos 2008 : Saya dan Mohammed Farid akan berada di MPH Bookstore , Midvalley , pada pukul 1.00 – 2.00 petang untuk sesi “Book Talks” buku Rahsia Blogger.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Sesi Book Talks Buku Rahsia Blogger

Tarikh : 9 Ogos 2008

Masa : 1 – 2 petang

Tempat : MPH Bookstore, Midvalley.

Semua pembaca-pembaca blog ini dijemput hadir untuk menyaksikan sesi book talks tersebut. Jumpa anda disana!

Updated!

Gambar sekitar sesi book talks yang berlangsung di MPH midvalley.

Farid cuba menyakinkan pendengar bahawa mereka boleh buat duit dengan blog!

Farid semakin syok dan ghairah berceloteh!

Shuth malu-malu kucing.. mioooowww.. sambil mencakar meja!

Shuth malu-malu kucing.. mioooowww.. sambil mencakar meja!