Senario Pasaran Internet di Bulan Ramadhan

Fuh! lama betul saya tak update blog nie. Sampaikan start puasa dan hari Merdeka pun tak sempat nak update dan ucap apa2. Sorry to all…

Anyway, saya rasa, masih belum terlambat nak ucapkan “Selamat Berpuasa” kepada semua pembaca blog ini.

Kali ini, saya just nak share sikit-sikit pasal suasana perniagaan internet tempatan di bulan ramadhan. Sehingga kini, saya rasa, sudah 4 kali ramadhan saya lalui sebagai seorang usahawan internet. Dan untuk 4 tahun ini, memang ada beberapa trend boleh dilihat sewaktu bulan ramadhan.

Selalunya, pada 2 minggu pertama ramadhan, jualan produk di internet akan sedikit meningkat. Ada 2 sebab utama mengapa peningkatan ini berlaku. (1) Ramai orang akan terus menghabiskan masa di depan komputer sewaktu waktu rehat bekerja (1-2 petang) , maklumlah nak gi makan tak boleh, so, duduk jerlah depan komputer. So, apabila depan komputer, maka, bermacam-macamlah website dibuka. Lebih-lebih lagi, bila terbuka website yang mempunyai saleslletter yang menarik. (2) Emosi sewaktu lapar memang kurang stabil, ini membuatkan keghairahan untuk membeli itu ada sikit lebih. Maka, kadar belian bagi penduduk tempatan di internet, juga akan ada sedikit peningkatan. Continue reading

Twit! Twit!.. Nah Duit Raya!

Saya tidak pasti adakah pembaca-pembaca blog ini sudah mengetahui atau tidak, bahawasanya saya ada mengeluarkan satu report khas “Bagaimana untuk mendapatkan Duit Raya”. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan saya di Twitter (www.twitter.com/shuth) , pastinya sudah sedia maklum berkenaan hal tersebut. Bagi mereka yang ada twitter tu.. “pollowpollow” lah twitter saya yer.. :)

Bagaimana dengan raya tahun ini yer? Seronok?

Bagi saya, raya saya tahun ini memang agak seronok sikit. Maklumlah, dah jadi “Full Time IM”, bolehlah cuti panjang sikit. Tambahan lagi, anak-anak pun masih kecil, tak sekolah lagi.. jadi tak perlu risau nak kena balik awal sebab si anak-anak nak kena pergi sekolah. He he he… best!

Ok!.. nak gi beraya dulu! Bye!

Jangan lupa download report percuma di www.wangcyber.com/DuitRaya.pdf dan jangan lupa “pollowpollow” twitter saya di www.twitter.com/shuth

Yosh!

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini, andainya, ada di antara anda yang tersinggung, sama ada secara sengaja atau tidak,  terhadap artikel-artikel yang saya tulis di blog ini selama ini.

Harapnya, semua kesilapan itu dapat maaf kan…

Akhir kata, “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan terimalah video di bawah ini sebagai tanda kemaafan di hari raya.. :)

Bajet Raya

Entry kali ini, saya tiru gaya chedet..

1. Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya aidilfitri.

2. Sekarang ini saya sedang buat kira-kira untuk bajet hari raya.

3. Bajet terbesar adalah bajet balik kampung, iaitu RM500 bagi menampung kos perjalanan pergi dan balik (minyak & tol sahaja) . Tahun ini saya balik ke Kedah. Alhamdulilah, mulai esok, harga minyak turun 10sen.

4. Baju raya? Beli untuk anak-anak sahaja.. si ibu dan si bapa, pakai yg lama je.Bukannya takde duit, tapi tak mahu membazir, baju tahun lepas masih elok dan baru dipakai sekali sahaja , iaitu semasa hari pertama, waktu pergi masjid untuk sembahyang raya tahun lepas, lepastu.. setahun baju tersebut tergantung dalam almari tidak diusik. Oh!

5. Kuih raya? Ho! ho!.. takperlu nak beli lagi.. kan sekarang dah jadi tawkey kuih! Baki kuih yang tak habis tu bolehlah buat makan sendiri. ho! ho!

6. Duit raya? Budak-budak yang nak duit raya, kena nyanyi lagu raya dulu untuk den.. kalau pitching  ok.. baru dapat duit raya! ho! ho! ho!.. banyak boleh save nie..

7. Balik kampung kali ini dah tak perlu nak setup modem pakai handphone lagi untuk masuk internet. Saya dah beli usb modem bulan lepas dan dah subscribe pakej home, hop, away celcom. Insyallah.. takdelah akan jadi macam mamat kat video di bawah nie.. hu~~

8. Akhir kata, selamat menyambut hari raya, berhati-hati di jalan raya dan don’t makan kuih and drive. Bye!