Ebook Selain “Buat Duit”.. laku ke?

Memang agak lama saya tidak mengupdate blog ini… sibuk bangat kebelakangan ini…

Anyway.. berita terkini, seorang lagi bekas peserta SeminarEbook.com telah berjaya menghasiklan ebook pertama beliau yang berjudul KucingComel.com, ianya adalah sebuah ebook panduan peliharaan kucing.

Jika anda perasan… kebanyakan ebook yang ditulis oleh bekas peserta seminar ebook adalah diluar bidang “buat duit di internet”.  Persoalannya.. Adakah ebook seperti ini laku? Memang tidak dinafkan, ebook ini tidaklah sehebat ebook niche “budt duit di internet” yang mana.. sewaktu pelancarannya akan menghasilkan RM berpuluh-puluh ribu… tetapi.. apa yang menarik tentang ebook-ebook yang diluar bidang “buat duit di internet” ini.. ianya adalah evergreen.. walaupun hanya menjana ribuan & ratusan RM sahaja sebulan.. namun ianya adalah berpanjangan..  ”makan lama” orang kata. Tidak seperti ebook-ebook yang ber”genre”kan “buat duit di internet”.. selalunya, ianya hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja..

Jadi.. tidak kisahlah jika anda tidak mempunyai ilmu kemahiran yang tinggi di dalam biang “buat duit di internet”.. banyak lagi ilmu yang boleh anda “ebook”an dan jual menerusi internet. Seriously.. masih banyak lagi topik-topik yang belum diterokai bagi “ebook pasaran tempatan”..  peluang masih terbuka luas.

Untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang selok belok perniagaan ebook.. jangan lupa sertai seminar perniagaan ebook di www.seminarebook.com.

P/s:- Salah satu azam saya untuk tahun 2010.. ialah.. menjadikan seminarebook sebagai satu seminar yang mempunyai “succes rating” yang tertinggi di malaysia. “Succes rating” = kadar kejayaan peserta-pesertanya..

Layakkah Anda Menulis eBook?

Saya sering mendengar orang berkata…

“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”
“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak dari saya untuk menulisnya”
“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa..  saya tahu dengan mendalam mengenainya”
“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”

Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.

Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat.  Sama ada ilmu di dalam bidang perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu  jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu  sukan dan apa-apa sahajalah lagi  bidang ilmu.

Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Continue reading

Seminar Shuth Yang Pertama!

Fuh!.. Sejak seminggu lalu, saya agak terlalu sibuk. Target nak update blog ini 2 hari sekali pun dah ter”miss” sedikit. Harap-harap pembaca blog ini tidaklah merajuk dan termenung panjang sambil merenung bulan bagai pungguk yang kesepian. Oh!

Sebenarnya, sejak seminggu lalu saya sibuk menyiapkan bahan-bahan, website, write-up dan bermacam-macam lagi untuk seminar saya yang pertama. Ya! yang pertama… sebelum ini saya hanyalah menjadi speaker jemputan ataupun speaker upahan bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak lain. Tetapi kali ini, seminar yang akan diadakan ini dianjurkan sepenuhnya oleh saya.

Untuk seminar yang pertama ini, ia akan diadakan apda 15 Mac 2009, di Hotel Quality , Kuala lumpur. Seminar ini diberi judul “Seminar Perniagaan Ebook”. Ianya memfokuskan bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan ebook di internet. Continue reading