Seminar Shuth Yang Pertama!

Fuh!.. Sejak seminggu lalu, saya agak terlalu sibuk. Target nak update blog ini 2 hari sekali pun dah ter”miss” sedikit. Harap-harap pembaca blog ini tidaklah merajuk dan termenung panjang sambil merenung bulan bagai pungguk yang kesepian. Oh!

Sebenarnya, sejak seminggu lalu saya sibuk menyiapkan bahan-bahan, website, write-up dan bermacam-macam lagi untuk seminar saya yang pertama. Ya! yang pertama… sebelum ini saya hanyalah menjadi speaker jemputan ataupun speaker upahan bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak lain. Tetapi kali ini, seminar yang akan diadakan ini dianjurkan sepenuhnya oleh saya.

Untuk seminar yang pertama ini, ia akan diadakan apda 15 Mac 2009, di Hotel Quality , Kuala lumpur. Seminar ini diberi judul “Seminar Perniagaan Ebook”. Ianya memfokuskan bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan ebook di internet. Continue reading

Shuth @ Jom Seminar

Ya..! Sabtu haritu saya menghadiri seminar JomSeminar di Almanda Hotel, PJ. Memang seronok dapat jumpa rakan-rakan IM yang lain.

Ramai juga yang saya jumpa dan kenal pada haritu, antara mereka yang memang pernah saya jumpa sebelum ini ialah  kak G, gobala , norizam & sham , yang saya tak pernah jumpa sebelum ini pula adalah seperti alang ( tak sangka “abg bermisai polis” ini mempunyai suara yang agak “ceria”.. oh!) , syed ikhwan , riggithit, fuad latif, yusry, kasyidi, syawarma ( ke abooain.. confius nama dua nie.. orang sama ke orang yang berbeza?), arejee, kekero, wancyber, blalang, Sukeri (orang sekampung nie) dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat namanya… maaf lah yer! Jika anda peserta seminar JomSeminar haritu.. bolehlah tinggalkan komen dibawah.

Tapi apa yang pasti memang seronok dapat jumpa mereka semua.

Berkenaan seminar Jomseminar pula.. secara keseluruhannya , ia amat OK!.. untuk menjadi mahir dalam 6 bidang (Adsense, Blogging, Affiliate, CPA, Direktori dan SEO)  dalam masa sehari memang sesuatu yang mustahil. Seminar ini hanyalah untuk “kickstart” sahaja… so.. ruangan forum private yang dijanjikan memang merupakan satu usaha “after sales” support yang amat diperlukan bagi kesemua bekas peserta. Syabas saya ucapkan kepada semua krew JomSeminar.

Kepada semua bekas2 peserta pula, diharapkan, segala ilmu yang diperolehi di seminar tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Yosh!