Seminar Shuth Yang Pertama!

Fuh!.. Sejak seminggu lalu, saya agak terlalu sibuk. Target nak update blog ini 2 hari sekali pun dah ter”miss” sedikit. Harap-harap pembaca blog ini tidaklah merajuk dan termenung panjang sambil merenung bulan bagai pungguk yang kesepian. Oh!

Sebenarnya, sejak seminggu lalu saya sibuk menyiapkan bahan-bahan, website, write-up dan bermacam-macam lagi untuk seminar saya yang pertama. Ya! yang pertama… sebelum ini saya hanyalah menjadi speaker jemputan ataupun speaker upahan bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak lain. Tetapi kali ini, seminar yang akan diadakan ini dianjurkan sepenuhnya oleh saya.

Untuk seminar yang pertama ini, ia akan diadakan apda 15 Mac 2009, di Hotel Quality , Kuala lumpur. Seminar ini diberi judul “Seminar Perniagaan Ebook”. Ianya memfokuskan bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan ebook di internet. Continue reading

Seminar Produk Digital!

Ok, kali ni saya nak cerita sedikit mengenai seminar yang akan dijalankan oleh saudara Ammar Zahar pada 15 Februari 2009 ini bertempat di Hotel Residence Uniten, Bangi. Insyallah, saya juga akan turut hadir di seminar tersebut untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama-sama perserta seminar tersebut.

Oh yer! Siapa Ammar Zahar nie?

Ammar Zahar nie bukanlah salah seorang peserta MyStarLG  ataupun Gelanggang RajaLawak 2009.  Ammar Zahar ini sebenarnya adalah seorang pelajar IPTA dalam jurusan “Senibina Landskap”.  Orang kata.. “Alaa.. Student U”.

Tetapi, apa yang sedikit berbeza tentang Ammar Zahar ini ialah, beliau berjaya menjana pendapatan 5 angka sebulan menerusi perniagaan internet yang beliau jalankan!. Continue reading

Multiple Stream Of Income

Ok! jika sebelum ini saya cerita pasal passive income… kali ini saya nak cerita pasal teknik orang kaya meng”kaya”kan lagi diri mereka. Caranya ialah dengan mewujudkan “Multiple Stream Of Income (MSI)” atau dalam bahasa melayu sanskritnya..  “Sumber Pendapatan Pelbagai”.

Active Income + MSI

Yer… anda boleh mewujudkan MSI dengan melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Contohnya, pada waktu siang anda bekerja di pejabat, dan pada waktu malam pula anda menjual burger atau membawa teksi. Itupun dikira sebagai MSI, tetapi masalahnya… anda akan berasa sangat “letih & sedih” jika melakukannya pada jangka waktu yang panjang.  Letih sebab perlu bekerja sepanjang hari.. sedih sebab akan mengalami stress & tekanan akibat kepenatan yang melampau. Lagipun, jika anda menjadikan”active income” sebagai MSI anda, tidak banyak “saluran” yang boleh anda lakukan.. paling-paling banyak pun 2-3 kerja (MSI) sahaja. Continue reading